Seorang maut, 13 cedera kemalangan bas ekspres

SELAYANG: Seorang lelaki warga Singapura maut, manakala 13 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan sebuah lori di Kilometer 30.9 Lebuhraya Karak, di sini, petang tadi.

Kemalangan pada kira-kira jam 3 petang itu membabitkan sebuah bas ekspres membawa 12 penumpang termasuk pemandu bas serta seorang pemandu lori.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.30 petang.
"Tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, seorang lelaki warga Singapura maut, manakala tiga lagi mangsa tersepit, selain 10 mangsa cedera ringan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Alimaddia berkata, kemalangan itu membabitkan 14 mangsa iaitu 12 warga Singapura termasuk 10 wanita dan dua warga tempatan.
"Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," katanya.

Sumber : Berita Harian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==