MB Selangor dicabar lagi

SHAH ALAM: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dicabar menyenaraikan penggunaan wang berjumlah RM1.18 bilion iaitu nilai tanah Ijok yang diserahkan kepada pemaju, selepas dirampas kerajaan Selangor.






















Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, P Punithan, turut mendesak Timbalan Presiden PKR itu menyenaraikan nama peneroka dan nilai pampasan diterima.
Mohamed Azmin turut dituntut membuat pengiraan terbuka bagi menunjukkan baki wang selepas pampasan dibayar kepada peneroka.
"Menteri Besar juga perlu menjelaskan mengapa menyerahkan kembali tanah terbabit kepada dua syarikat swasta yang kemudiannya dijual kepada syarikat awam.
"Kenapa kerajaan Selangor tidak menjual tanah berkenaan terus kepada syarikat awam itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Punithan turut mempertikaikan pampasan diterima peneroka yang didakwa tidak mengikut nilai semasa memandangkan jumlah RM421.4 juta itu adalah mengikut kadar harga tanah pada 2000.
Katanya, tindakan itu menunjukkan ketidakadilan terhadap peneroka yang menunggu sejak sekian lama.
"Tindakan pemulangan tanah ini tidak rasional kerana kes yang difailkan di mahkamah itu mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menang selepas kemenangan di peringkat Mahkamah Tinggi dan Rayuan," katanya.
Khamis lalu, bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menuntut pihak berkuasa menyiasat dalang yang memulangkan tanah dirampas Kerajaan Selangor daripada dua syarikat pada 2009.
Tanah itu kemudiannya dijual kepada pihak lain.
Abdul Khalid mempersoalkan mengapa tanah seluas 880 hektar yang dirampas secara sah ketika beliau menjadi Menteri Besar, dipulangkan kepada syarikat sama sebelum kawasan terbabit dijual kepada syarikat awam lain.


sumber : bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==