16 maut petir panah gereja

KIGALI: Sekurang-kurangnya 16 maut dan puluhan lagi cedera selepas gereja Seventh-Day Adventist di Rwanda dipanah petir.

Empat belas mangsa terbunuh serta-merta dalam kejadian di gereja di daerah Nyaruguru di Wilayah Selatan semalam, kata Datuk Bandar Habitegeko Francois.
Dua lagi meninggal dunia tidak lama kemudian kerana kecederaan dialami, katanya.
Beliau menambah, 140 mangsa yang terbabit dalam kejadian itu dikejarkan ke hospital dan pusat kesihatan daerah, tetapi ramai daripada mereka sudah dibenarkan pulang.
"Doktor berkata, cuma tiga daripada mereka dalam keadaan kritikal tetapi semakin pulih.
Menurut Francois, kejadian sama berlaku kelmarin apabila petir menyambar sekumpulan 18 pelajar, menyebabkan seorang daripada mereka terkorban. - AFP

sumber : bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==