'Kenal 2 hari dah ke hotel'

SEREMBAN: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh remaja lelaki yang baru dua hari dikenalinya di sebuah hotel di Senawang, di sini, kelmarin.























Sumber berkata, pelajar sebuah kolej kemahiran itu dikatakan keluar dari hostel di Taman Bukit Delima, di sini tanpa pengetahuan warden bagi bertemu seorang remaja lelaki sebayanya di Senawang.
"Mangsa ditemani dua rakan perempuan bertemu remaja lelaki itu di Uptown Senawang jam 10 malam pada Sabtu lalu. Mereka dikatakan makan malam bersama sebelum bersiar-siar," katanya.
Kata sumber, ketiga-tiga remaja perempuan berkenaan kemudian dibawa ke bilik sebuah hotel bajet di Senawang untuk berehat.
"Mangsa mendakwa kira-kira jam 2 pagi, dia dipeluk oleh remaja lelaki terbabit dan cuba melawan serta menjerit meminta tolong dua rakan yang tidur di katil sebelah, namun mulutnya ditutup lelaki terbabit.
"Mangsa mendakwa dia dirogol dan kemudiannya dihantar pulang ke rumah rakannya di Sepang, Selangor.
"Sewaktu berada di rumah, remaja perempuan itu memberitahu rakan dia dirogol selepas mereka melihat terdapat kesan gigitan merah pada leher," katanya.
Kata sumber, rakan mangsa membawanya membuat laporan di Balai Polis Paroi, di sini pada jam 4 petang, kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan berkata mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini untuk pemeriksaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

sumber : bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==