Bas bawa pasukan bola sepak terbabas

PAPAR: Sepasukan pemain bola sepak Miri FC menghadapi detik cemas apabila bas dinaiki hilang kawalan dan terbabas di Kilometer (KM) 34 Jalan Keningau - Papar, Kimanis, pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira 8.50 pagi itu, bas berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu selepas mengadakan perlawanan bola sepak bersama Keningau FC di Kompleks Sukan Keningau, semalam.
Bas persiaran yang mempunyai kapasiti muatan 43 penumpang itu, membawa seramai 28 penumpang terdiri 24 pemain, tiga jurulatih dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Mudi Pengiran.
Katanya pasukan bergerak ke Kota Kinabalu disebabkan dijadualkan pulang ke Miri pada jam 4 petang ini.
Mudi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.55 pagi melalui talian kecemasan 999 dan tiba di lokasi kemalangan beberapa minit kemudian.
"Semua penumpang tidak cedera serius ekoran kemalangan ini.
"Bagaimanapun, satu-satunya mangsa wanita (jurulatih) pengsan tetapi sudah diberikan rawatan oleh pasukan perubatan Hospital Papar.
"Semua mangsa lain pula dibawa ke hospital sama untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Mudi berkata seramai 26 anggota daripada Balai Bomba Keningau dan Balai Bomba Papar diarahkan ke tempat kemalangan bagi operasi menyelamat.

sumber: bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==