Fattah, Fazura undang 5,000 peminat ke majlis resepsi

PETALING JAYA: Seramai 5,000 peminat bertuah bakal memeriahkan majlis resepsi pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, yang akan diadakan di Royale Palace, Shah Alam, Ahad ini.


























Menurut Fattah, 27, acara berkenaan dianjurkan bagi melunaskan janji masing-masing untuk berkongsi kegembiraan bersama peminat sempena perkahwinan mereka yang berlangsung tiga bulan lalu.
"Kami mengundang seramai 5,000 peminat untuk sama-sama memeriahkan majlis resepsi kali ini. Acara akan berlangsung pada sebelah siang dan dibahagikan kepada dua sesi bagi memudahkan semua pihak.
"Kami juga akan cuba sedaya upaya memuaskan hati peminat yang hadir. Memang menjadi hasrat kami untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seni saya dan isteri, selama ini," katanya kepada BH Online.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem terbaru lakonannya, KL Special Force, di sini.
Pada 25 Februari lalu, sebuah majlis resepsi bertemakan 'fairytale' turut diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, khusus untuk anggota keluarga dan rakan terdekat.
Pasangan yang mula berkenalan ketika berlakon dalam drama rantaian, Hero Seorang Cinderella, ini melangsungkan pernikahan secara tertutup pada 27 November lalu di sebuah hotel terkenal di ibu negara.
Sementara itu, menerusi KL Special Force arahan Syafiq Yusof, Fattah beraksi di sisi beberapa bintang hebat lain termasuk Datuk Rosyam Nor dan Syamsul Yusof.
Filem terbitan Skop Productions, Damofa Productions dan Viper Studios itu bakal menjengah pawagam mulai Khamis ini.

sumber : bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==