Agihan kerusi PH selesai, kecuali Sabah

GEORGETOWN: Pakatan Harapan sudah menyelesaikan rundingan berhubung agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen semua negeri kecuali Sabah.






















Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagaimanapun berkata tarikh untuk mengumumkan keputusan rundingan pengagihan kerusi itu belum ditentukan.

"Kita belum buat keputusan muktamad kerana mungkin ada perubahan pada saat akhir.
"Ia adalah gabungan muka baharu dan lama, dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dijadikan penanda aras bagi calon baharu.
"Sebaik saja mempunyai senarai penuh, kita akan umumkan ketika mesyuarat presiden," katanya selepas menghadiri majlis makan malam bagi meraih dana anjuran PKR Pulau Pinang di Pusat Konvensyen Setia Spice, di sini, malam ini.
Sumber memaklumkan pengumuman berhubung keputusan pengagihan calon dijangka dibuat pada minggu depan, antara 8 hingga 11 Mac.
Yang turut hadir pada majlis berkenaan adalah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang, Marzuki Yahya.
Laporan sebelum ini melaporkan rundingan agihan kerusi pakatan pembangkang berhadapan jalan sukar terutama di Selangor.


sumber : bharian

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==