SAN FRANCISCO: Apple Inc bersedia untuk mengeluarkan tiga telefon pintar baharu tahun ini, termasuk iPhone paling besar pernah dibangunkan.
Peranti itu mungkin mempunyai paparan lebih besar berbanding telefon yang dikeluarkan oleh pesaingnya, Samsung, lapor Bloomberg, memetik individu yang biasa dengan produk berkenaan.
Ketiga-tiga peranti itu juga termasuk telefon bimbit dinaik taraf yang bersaiz sama dengan iPhone X dan sebuah model yang berharga kurang mahal dengan ciri-ciri iPhone X.
Peranti baharu terbabit dijangka membangkitkan semula perang 'saiz skrin' ketika pengeluar telefon pintar berlumba-lumba menghasilkan pelbagai ciri-ciri baharu bari menarik pembeli dalam pasaran yang tepu.
Jualan telefon pintar global merosot 0.1 peratus tahun lalu, demikian menurut firma penyelidikan IDC.
Jualan Apple dan Samsung Electronics Co Ltd masing-masing hanya berkembang 1.9 peratus dan 0.2 peratus.
sumber : bharian