Chong Wei hasrat cipta rekod

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei bersedia untuk mencipta rekod sebagai pemain Malaysia paling banyak merangkul kejuaraan Seluruh England menjelang kejohanan berkenaan yang akan berlangsung 14 hingga 18 Mac ini.
























Bagi Chong Wei, Seluruh England tahun ini memang dianggap cukup istimewa, kerana selain prestijnya sebagai antara kejohanan paling termasyhur, ia juga membuka ruang untuknya mencipta rekod. 
"Ketika bermain di Seluruh England, perasaannya memang sangat berbeza berbanding kejohanan lain.
"Ramai yang bertanya kenapa mahu beraksi lagi di kejohanan ini kerana saya sudah juara empat kali, ini kerana tidak ada siapa lagi yang boleh pecah rekod menang banyak kali di sana," kata Chong Wei ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara. 
Selepas berjaya muncul juara tahun lalu, Chong Wei berjaya menyamai rekod Wong Peng Soon dan Datuk Eddy Choong merangkul kejuaraan perseorangan lelaki sebanyak empat kali. 
"Dulu ramai yang memperkatakan mengenai Seluruh England kerana ia adalah antara satu kejohanan paling lama. Bukan mudah untuk mencatat kemenangan di sana, namun walaupun sudah empat kali muncul juara saya masih mempunyai kemahuan mengulangi kejayaan itu.
"Saya masih mempunyai keinginan untuk melakukan yang terbaik walaupun tidak kisah siapa yang akan saya jumpa dalam undian utama.
"Paling penting, saya fokus satu demi satu pusingan serta tidak memandang rendah kemampuan pemain lain terutama Ygor Coelho dari Brazil pada pusingan pertama," katanya. 
Chong Wei yang kini menduduki ranking kedua dunia, juga mengakui bukan mudah buatnya selaku penyandang juara untuk berdepan cabaran di Arena Birmingham. 
"Saya masih mempunyai satu atau dua minggu lagi untuk melakukan persiapan sebaik mungkin bagi menghadapi kejohanan berkenaan," katanya. 
Selain 2017, Chong Wei pernah muncul juara Seluruh England pada 2010, 2011 dan 2014.


sumber : bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==