Media bersatu jayakan #QuranHour

KUALA LUMPUR: Agensi media tempatan sekali lagi menjalin kerjasama menjayakan Program World #QuranHour yang akan berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada 7 Jun depan.

















Program bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dianjurkan bersama oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan media itu disertai akhbar kumpulan The New Straits Times Press Bhd iaitu Berita Harian, New Straits Times dan Harian Metro.

Turut serta, Kumpulan Media Karangkraf (KMK), Sinar Harian, Utusan Malaysia, Kosmo!, stesen televisyen Media Prima Bhd, Astro, RTM dan BERNAMA.
Pengarang Eksekutif Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, ketika ditemui, berkata Berita Harian menubuhkan sekretariat seperti dicadangkan oleh penganjur dan akan bersama-sama memastikan kejayaan program berkenaan.
Beliau ditemui pada majlis prapelancaran #QuranHour dan Sinergi Media Malaysia di Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengarang Eksekutif Kanan Integrasi NSTP, Saidon Idris.
Sementara itu, Pengasas WUIF, Datuk Husamuddin Yaacub, berkata objektif utama program #QuranHour adalah untuk memastikan umat Islam memahami, berinteraksi dan mengamalkan pembacaan al-Quran.
"Oleh itu, setiap agensi media terbabit akan membentuk sekretariat membantu memudahkan perjalanan program.
"Insya-Allah, program kali ketiga ini akan lebih teratur, malah dijangka lebih daripada satu juta penonton dari 100 negara di seluruh dunia akan mengikutinya menerusi media sosial," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi KMK berkata, tahun lalu, program itu berjaya mencapai 357 juta penonton di media sosial.
Husammuddin berkata, kempen berkenaan membantu umat Islam memahami agama, malah menjadi penganut yang lebih baik.
"Kita perlukan majoriti umat Islam untuk menyelamatkan imej Islam dengan memahami al-Quran. Jika kita mendalaminya, Umat Islam sejati tidak akan melakukan perkara terlarang seperti mengambil rasuah jika mendalami al-Quran," katanya.
Selain World #QuranHour, Malaysia #QuranHour akan diadakan di Masjid Tuanku Zainal Abidin di Putrajaya pada Zulhijah ke-18 (30 Ogos) bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.


sumber : bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==