BWF tak profesional

SINGAPURA: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) seharusnya bersikap profesional dan terbuka dalam berkongsi maklumat asas khususnya kepada media yang membuat liputan membabitkan isu sensitif.

























Tidak dinafikan, BWF mempunyai hak untuk tidak memberi sebarang komen kepada media tetapi sikap itu hanya membawa kepada tersebarnya spekulasi yang akhirnya boleh memudaratkan banyak pihak.
Sebagai contoh, sesi pendengaran kes yang dijalankan BWF di Hotel Jen Tanglin, Singapura ke atas dua pemain profesional negara yang disyaki terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan.
BWF terlalu berahsia dan enggan memberi kerjasama kepada media yang hadir membuat liputan.
Walaupun difahamkan tindakan mereka itu bertujuan melindungi kedua-dua pemain tetapi tidak salah rasanya seorang wakil memberi kenyataan kepada media dan berkongsi perkembangan serta maklumat asas mengenai apa yang berlaku.
Tiada undang-undang yang melarang mereka tidak boleh berkongsi maklumat kepada media khususnya isu sensitif sebaliknya jika mereka mahu, mereka boleh berkongsi maklumat asas.
Tindakan tidak profesional BWF paling ketara sepanjang dua hari pendengaran kes berlangsung apabila tidak membenarkan wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jadadish Chandra mengikuti sesi pendengaran kes hari kedua, hari ini.
Mereka memaklumkan kepada Jadadish bahawa peguam pemain terbabit membuat bantahan kepada pengerusi panel bebas kerana kenyataan yang diberikan beliau kepada media selepas hari pertama semalam.
Jika benar peguam pemain yang membuat bantahan, mereka seharusnya melakukannya pada permulaan sesi pendengaran kes hari kedua dan bukannya BWF memaklumkan kepada Jadadish sebelum ia bermula.
Terdahulu, media yang hadir membuat liputan pada hari pertama semalam dikecewakan dengan tindakan tiga panel dan pemain melarikan diri menggunakan laluan dapur bagi mengelak daripada bertemu pemberita.


sumber : bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==