Dapat 20 sen jika bawa beg plastik sendiri

SUNGAI BESAR: Pekedai mungkin diwajibkan membayar 20 sen kepada pelanggan yang bawa beg plastik sendiri untuk beli belah jika Barisan Nasional (BN) merampas kembali pentadbiran negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).













Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata dasar itu dipertimbangkan kerana kempen tanpa beg plastik yang diperkenalkan Kerajaan Selangor pada 1 Januari tahun lalu dilihat masih gagal mengekang penggunaannya walaupun setiap beg plastik dicaj 20 sen.
Beliau yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), berkata peniaga dan pasar raya juga perlu memainkan peranan bersama dalam usaha mengurangkan penggunaan beg plastik.
"Peniaga seharusnya memberi 20 sen kepada pembeli yang membawa beg sendiri dari rumah dan bukannya caj itu hanya dikenakan kepada mereka yang tidak membawanya dan meminta beg plastik.
"Melalui cara ini, ia akan memberi kesedaran kepada pembeli betapa bahayanya beg plastik yang menjadi penyebab pencemaran alam sekitar.
"BN akan kaji cara ini dan akan melaksanakannya jika menang dalam PRU-14 ," katanya di sini, hari ini.
Terdahulu, Noh bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyertai Program Kembara Bermotosikal Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) Sempena Peringatan Hari Polis Ke-211 di stesen minyak Petronas di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Noh berkata, kempen kesedaran penggunaan beg plastik masih kurang berkesan berikutan sikap segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah merata tempat.
Mengulas lanjut, Noh berkata, dasar Kerajaan Selangor itu dilihat menyusahkan rakyat berikutan pengguna perlu membayar caj 20 sen sekiranya ingin mendapatkan beg plastik.
"Malah, caj ini tidak termasuk dalam resit pembeli dan ia menimbulkan tanda tanya ke mana perginya duit itu," katanya.


sumber : bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==