Siti pesan Sairah jaga kerukunan rumah tangga

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, mendoakan perkahwinan adiknya, Siti Sairah, 34, bersama Mohd Sharidan Johari kekal bahagia hingga ke akhir hayat.


Sebagai kakak, Siti, 39, berkata tiada apa yang lebih menggembirakan beliau selain melihat adiknya bahagia meneruskan kehidupan dengan ditemani seorang suami.
"Inilah perkahwinan kedua buat Sairah dan Siti harap, mahligai yang dibina mereka kekal hingga ke syurga. Sebagai kakak, Siti bersyukur kerana ada yang boleh menjaga Sairah selepas ini.
"Mengenali Shahidan atau Idan, Siti melihatnya sebagai seorang lelaki yang sangat tenang. Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kerana beliau sudi menerima Sairah seadanya," katanya kepada BH Online.
Ditanya apakah pesanan yang ingin diberikan kepada pasangan mempelai berkenaan, penyanyi Segala Perasaan itu mahu mereka tidak berhenti menyayangi antara satu sama lain dan terus menjaga kerukunan rumah tangga.
Sairah sah bergelar isteri Shahidan dengan sekali lafaz kira-kira jam 11 pagi tadi dalam sebuah majlis yang diadakan di Pusat Antarabangsa Cornerstone, di sini. Majlis resepsi juga diadakan di lokasi sama selepas itu.
Pada majlis berkenaan, Sairah yang pernah muncul dengan single duet berjudul Kini Dikau Jauh bersama kakaknya, Siti Nursaida, 41, menerima mas kahwin berjumlah RM100, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Sairah pernah berkahwin dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie, pada 27 Oktober 2010, namun berpisah empat tahun kemudian.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun.


sumber : bharian

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==