Israel serang Semenanjung Gaza

GAZA CITY: Jet pejuang Israel menggempur Semenanjung Gaza, semalam selepas empat tenteranya dilaporkan cedera apabila bom buatan sendiri meletup di sepanjang sempadan berhampiran kawasan Palestin.














Dalam insiden letupan pagi semalam, dua tentera Israel dilaporkan cedera parah.
Sebagai tindak balas, tentera Israel berkata jet pejuangnya menyasarkan enam sasaran ketenteraan milik Hamas di Gaza, termasuk sebuah terowong pejuang di kawasan Zaytun dan kemudahan ketenteraan berhampiran Deir el-Balah dan Khan Yunis.
Kemudian, tentera melaporkan bahawa pelancaran serangan sudah dikenal pasti dari Semenanjung Gaza di wilayah Israel.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ketika hadir di persidangan keselamatan di Munich menyatakan insiden di Gaza 'sangat serius' dan berjanji 'akan bertindak balas sewajarnya'.
Sumber keselamatan Palestin berkata serangan udara Israel melanda tiga pangkalan milik Hamas di timur kawasan dikawal di Gaza.
Sumber perubatan Palestin berkata, dua penduduk Palestin cedera dalam serangan itu.


sumber : bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==