MANCHESTER: Romelu Lukaku memecah kemarau gol terhadap enam pasukan kelompok teratas Liga Perdana Inggeris dan membuat satu umpanan jaringan ketika Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Chelsea 2-1 di Old Trafford, sebentar tadi.
Ia adalah kemenangan cukup berharga dan manis buat pengurus United, Jose Mourinho kerana bukan saja berjaya menewaskan bos Chelsea Antonio Conte, malah kembali memintas Liverpool di kedudukan kedua.
Ia adalah kemenangan cukup berharga dan manis buat pengurus United, Jose Mourinho kerana bukan saja berjaya menewaskan bos Chelsea Antonio Conte, malah kembali memintas Liverpool di kedudukan kedua.
Kekalahan itu ditambah dengan kemenangan Tottenham Hotspur ke atas Crystal Palace menyaksikan Chelsea tergelincir ke tangga kelima.
Pelawat menikmati permulaan babak pertama yang cemerlang tetapi gagal melebarkan jurang selepas Willian meletak mereka di depan pada minit ke-32.
Kemudian, Chelsea dihampakan oleh bekas penyerang mereka, Lukaku yang menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian daripada percubaan jarak dekat.
Penyerang Belgium itu kemudiannya membuat gerakan untuk jaringan pemain gantian Jesse Lingard menanduk masuk gol kemenangan ketika permainan berbaki 15 minit.
Pertelingkahan antara Mourinho dan Conte yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu menjadi tajuk utama sebelum sepak mula, tetapi kedua-dua pengendali itu bersalaman sebelum wisel permulaan ditiupkan. - AFP
sumber : bharian