'Saya cuba lakukan yang terbaik' - Hafizh Syahrin Abdullah

KUALA LUMPUR: Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah tidak mahu mengharapkan 'bulan atau bintang' pada penampilan pertamanya di kelas utama Grand Prix Qatar, 18 Mac ini. 


























Sedar dirinya masih 'hijau' dalam saingan itu, Hafizh kini mahu menumpukan 100 peratus perhatian kepada usaha menyesuaikan diri dengan jentera barunya.

Untuk itu, Hafizh tidak mahu meletak sebarang tekanan kepada dirinya sebaliknya kekal dengan kerja keras untuk tampil lebih baik.

"Esok saya akan ke Qatar dan di sana saya ada satu lagi sesi latihan bersama jentera. Jentera MotoGP turut babitkan sistem elektronik, jadi saya akan gunakan peluang ini untuk lebih memahami jentera dan juga pasukan.

"Untuk perlumbaan pertama ini, saya tidak letakkan sasaran tinggi. Sebagai permulaan, saya akan cuba lakukan yang terbaik dan jika berjaya dapatkan mata, ia bonus buat saya," katanya.

Sebelum ini, Hafizh muncul pelumba pertama dari Asia Tenggara dan negara ini beraksi di pentas MotoGP bersama pasukan Monster Yamaha Tech 3.


sumber : bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==