Harga petrol, diesel naik

KUALA LUMPUR: Harga runcit minyak naik antara tiga hingga lima sen berkuatkuasa untuk tempoh seminggu bermula tengah malam hari ini hingga Rabu minggu depan.
























Berdasarkan makluman di laman sesawang rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) harga petrol RON95, naik tiga sen kepada RM2.20 seliter; RON97 naik empat sen kepada RM2.47 seliter manakala diesel naik lima sen kepada RM2.18 seliter.
Mekanisme pengumuman harga minyak secara mingguan itu mula berkuat kuasa pada 29 Mac tahun lalu.
Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.


sumber : bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==