Peluang tipis Neymar jumpa Real

PARIS: Neymar masih mempunyai peluang tipis untuk diturunkan pada aksi timbal balik bertemu Real Madrid dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.























Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu tidak akan menjalani pembedahan bagi merawat keretakan tulangnya, kata pengendali PSG, Unai Emery sebentar tadi.
"Untuk Neymar, tiada keputusan membabitkan pembedahan," kata Emery menafikan laporan dalam media Brazil sebelum ini yang menyatakan pemain termahal dunia itu akan dibedah bagi merawat keretakan tulang di kakinya.
"Neymar pemain pertama yang mahu beraksi dalam setiap perlawanan, dia amat fokus terhadap Real. Saya rasa ada peluang tipis dia akan bersedia untuk perlawanan itu." - AFP


sumber : bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==