Mufti khuatir tindakan Neelofa

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri melahirkan kekhuatiran tindakan selebriti, Neelofa melancarkan koleksi terbaharu hijabnya di kelab malam terkemuka, bakal membawa fenomena normalisasi dalam bertudung.

























Beliau berkata, disebabkan tindakan itu akan timbul persepsi apa saja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung.
"Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat," katanya dalam 'Surat Terbuka Kepada Hajjah Neelofa' yang dimuat naik di laman Facebook Mufti Wilayah Persekutuan di sini, malam ini.
Beliau berkata, tidak salah untuk Neelofa mencari kelainan dalam mempromosikan produk baharu tetapi perlu mengelakkan fitnah dan tohmahan kerana matlamat tidak menghalalkan cara.
"Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan," katanya.
Beliau turut berpesan kepada Neelofa untuk menghayati syariat Islam yang sebenarnya dengan bertanya kepada ulama sebelum bertindak, sentiasa memelihara imej wanita bertudung dan carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.


sumber : bharian
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==